Search

Nasi Tomato Chickpea | Resepi Raya 🕌🤤😋

  • Share this:

Nasi Tomato Chickpea.. Menu sesuai untuk musim Raya ni 🕌🤤😋

Hari ini Rhys nak kongsi satu resepi dengan korang semua... Nasi Tomato Chickpea. Satu hidangan yang sedap dan sangat mengenyangkan. Juga senang sangat kita nak buat - sebab pakai rice cooker sahaja hehe

📋Bahan-bahan:
-215g Kimball Tomato Puree
-1/4 tin Kimball Tomato Soup
-425g Kimball Chickpeas
-1 sudu besar Kimball Oyster Flavored Sauce
-2 sudu besar minyak masak
-2 sudu besar ghee
-Rempah (4cm kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 bunga cengkih)
-1 bawang (dipotong kecil)
-6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
-3cm halia (dipotong kecil)
-500g beras basmati (dibasuh)
-600ml stok ayam
-1 sudu kecil garam
-1 sudu kecil gula

🍲 Cara-cara masak
1)Panaskan minyak dengan ghee dalam rice cooker dan tambah rempah dan masak selama 30 saat. Masukkan bawang, bawang putih dan halia dan tumis sehingga golden.
2)Masukkan Kimball Tomato Puree, Kimball Tomato Soup, Kimball Oyster Flavored Sauce, stok ayam, gula, garam.
3)Masukkan beras
4)Selepas mendidih kacau sehingga air dah serap dalam beras. Masukkan Kimball Chickpeas dan kacau perlahan-perlahan (supaya kacang tak pecah)
5)Tutup dan masak selama 20 minit
6)Sebelum hidang "fluff" nasi.

Selamat mencuba! Dengan Kimball Malaysia kompem gaya Malaysia!

Dari saya Rhys William, dan juga Kimball Malaysia kami mahu ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

#KompemGayaMalaysia #matsallehmasak #KimballMY #KimballMalaysia #Rhyscuba #masak #nasitomato #menuraya #MeriahkanBulanBermakna


Tags:

About author
not provided
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan... From UK ?? now in Malaysia ?? #matsallehcarimakan
View all posts